Wednesday, April 29, 2015

Asam Pedas Ikan Tenggiri



IKAN TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS

3 keping ikan tenggiri kebetulan ada dlm peti ais
1 mangkuk air
Kacang bendi
1 batang serai ditik
Air asam jawa
Daun kesum
Bunga kantan dipotong dua (saya tk letak sebab tak ada)
Sedikit Garam & gula
Minyak utuk menumis

Bahan-bahan untuk dikisar
15 batang cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
Sedikit belacan


Panaskan minyak dan tumis bahan kisar  dan serai sehingga keluar minyak.



























Masukkan air asam jawa dan juga air apabila mendidih masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum, apabila ikan dah masak, taburkan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa dan masukan kacang bendi masak sebentar boleh la dihidangkan.

selamat mencuba :-)

Monday, April 27, 2015

Telur Kukus


Tengahari ni sibuk di pejabat jadi tak sempat nk masak byk cuma telur kukus sahaja buat mengalas perut orang di rumah. Ini adalah resepi yang telah saya oleh daripada resepi asal. kalau nak letak isi ayam ke daging pun boleh ikut pada selera masing-masing.





Resepi Telur Kukus cara Rose Mahamud
Bahan-bahan :-
 4 biji telur
150ml air
1 sudu besar minyak bijan (kalau tk suka boleh letak minyak masak biasa)
 2 ulas bawang putih (cincang halus)
 1 ulas bawah merah (cincang halus)
 Jejari ketam (ikut suka nk potong mcm mana)
 3 ekor udang
 Sedikit serbuk lada sulah
 Sedikit garam
 Daun bawang
   
Cara nk buat :-
Pukul telur, kemudian masukkan kesemua bahan tadi kacau bagi semua bahan sebati , masukkan ke dalam loyang ataupun mangkuk, kukus lebih kurang 10 minit…dh siap untuk di ngappp

selamat mencuba !!! :-)