Monday, April 6, 2015

Pembedahan Fibroid & Cyst

Ni certa tahun lepas tapi tk ada kesempatan nk tulis masa tu.

Hati rasa risau sangat bila tiba nya hari tu….setiap kali datang mc 2 hari nk bangun pun susah tapi kali ni luar biasa sakitnya sampai tk boleh nk gerakan badan apatah lagi nk bangun dari katil. Bila dah tak boleh nk tahan barula nk jumpa doctor kononya nk injection bagi sakit hilang.

Masa tu dah tak boleh nak fikir banyak sakit Tuhan saja yang tahu….bila doctor check disahkan ada fibrod tapi untuk kepastian lagi doc minta ruj ke doctor pakar.


Bermulalah bermacam-macam jenis pemeriksaan kat badan ni…mula-mula ambik darah…pastu ultra sound, ecg…memang fibrod & cysts telah bersarang lama di badan ni…doc bagitahu kena buang rahim dan ovari, tapi terpulang samada nk buat atau tidak…kalau tk buat kena la tanggung tiap kali period. Kalau buang bermakna monopouse sebelum waktunya....:-(

Pas bincang ngan doc boleh pulak minta tangguh sebulan sebelum apa-apa keputusan. MC dah tentu 2 bulan macam ibu-ibu yang baru bersalin jugak. Walaupun sakit tapi nk kena fikir juga kerja kat pejabat kena siapkan dulu kena serahkan pada orang lain. Anak kecik hantar balik kampung bagi adik ipar jaga, buat penamaan baru kat KWSP mana tahu umor tak panjang ajal maut di tangan Tuhan kan,

Bila semua dah selesai termasuk ikan haruan dari kampung itu pun adik mancing, kalau nk beli rasanya mahal jugak sekilo kalau tak silap kat Pasar Besar Selangor dalam RM29.00 tu kalau dah mati, kalau hidup lagi RM33.00.

28/11/2014 hari yang ditetapkan untuk pembedahan oleh Dato' Dr Siti Zaleha di SDMC sekarang ni Ramsay Medical Centre tapi lebih sedap sebut SJMC walaupun dah berapa kali tukar pengurusan. Dr. Zaleha hanya buat pembedahan pada hari Isnin dan Hari Jumaat sahaja.

Pagi tu awal lagi dah siap-siap dari rumah terus ke hospital, pukul 2 nanti nk kena operate.Masa kat 'waiting room' aku tengok sorang-sorang kena usung pergi ke bilik pembedahan aku bila lagi cam tak sabar pulak. Menunggu satu penyiksaan tak sabar nk selesaikan semua. Rupanya bukan semudah tu nk masuk bilik bedah, kena kosong kan semua dalam perut, masukan tiub ke saluran kencing, last sekali nurse pakaikan stoking untk pengaliran darah pas bedah tak boleh bangunkan.

Bila dah siap baru la berangkat ke OT lepas kena cucuk ngan doc anesthetic dalam kiraan 1, 2, 3 rasa tak sampai 5 kot dah tak sedar diri bila sedar semuanya dah siap. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.



gini rupenya ....yang sebenarnya byk lagi benda yang doc keluarkan kang tak lalu pulak nk nengok nya ni pun lepas 2 bulan baru boleh tengok...




ni nurse bagi sehari lepas opt..pakai ni selesa rasa kat perut senang nk baring ke kanan ke kiri kalau tk pakai rasa macam perut nk jatuh jea





Masa ini kaum kerabat boleh pulak bentang tikar berkelah dalam bilik makan maggie tak perihatin lansung pada yang sakit....orang sakit tengok je la....konon nk angkat tangan tunjuk penumbuk tapi terdaya.

5 hari dok hospital terseksa rasanya tak selesa nk tidur. hari nk keluar cirit birit kena tahan sehari pastu esoknya muntah pulak tapi nk balik rumah jugak.

Bermuala la pantang itu tak boleh ini tak boleh yang boleh tengok ja..kesian aku. 



cuti sakit : 2 bulan
kos pembedahan : RM 11,000.00 (lain doc mungkin lain harga nya)

No comments: